Blog

  • Bella Astillah Semarakkan Aidilfitri Dengan “Ya Raya” Bersama Fipper

    Bella Astillah Semarakkan Aidilfitri Dengan “Ya Raya” Bersama Fipper

    Penyanyi dan pelakon terkenal, Bella Astillah, menyemarakkan lagi suasana Aidilfitri tahun ini dengan pelancaran single Raya terbaharu berjudul “Ya Raya”. Lagu ini ditulis oleh Rudeen, dikompos oleh Rudeen dan Exactesy serta diterbitkan oleh Exactesy, menampilkan susunan muzik yang menggabungkan elemen moden dan tradisional dalam satu gabungan segar tanpa menghilangkan jiwa muzik Raya yang dekat di hati pendengar. Sarat dengan keceriaan, kesyukuran dan semangat kebersamaan, “Ya Raya” hadir sebagai runut bunyi yang meraikan momen indah bersama insan tersayang.

    Menurut Bella, hubungan emosinya dengan lagu ini terjalin sejak pertama kali mendengar demo. Beliau merasakan “Ya Raya” sangat positif dan menggambarkan suasana perayaan yang sering dilalui setiap tahun, sama ada di kampung mahupun di bandar. Lagu ini disifatkan sebagai ringan, penuh kesyukuran dan meraikan masa bersama keluarga serta rakan-rakan, dengan elemen ceria yang mampu membuatkan pendengar tersenyum dan benar-benar menepati mood Raya.

    Walaupun kedengaran bertenaga dan ceria, proses rakaman lagu ini mempunyai cabarannya tersendiri apabila Bella kurang sihat dan demam ketika sesi rakaman berlangsung. Cabaran utama adalah untuk mengekalkan tenaga dan keceriaan dalam vokal agar tidak kedengaran dibuat-buat. Namun begitu, bahagian korus yang catchy menjadi momen paling menyeronokkan apabila suasana studio turut sama meriah dengan semua yang hadir menyanyi bersama.

    Keistimewaan “Ya Raya” terletak pada keseimbangan antara bunyi klasik Raya dan sentuhan kontemporari yang segar. Lagu ini mengekalkan rasa Raya yang dikenali ramai, tetapi dengan susunan muzik yang lebih moden dan sesuai dengan citarasa pendengar masa kini. Pendekatannya lebih menumpukan kepada meraikan momen kecil bersama orang tersayang, bukan sekadar kemeriahan besar perayaan semata-mata.

  • Buakaw Tewaskan Menggofeng dalam Pertarungan Epik

    Buakaw Tewaskan Menggofeng dalam Pertarungan Epik

    Penganjuran T-Fight All Star 2026 di Stadium Titiwangsa berlangsung dengan penuh meriah apabila menghimpunkan lapan pertarungan sengit yang menampilkan barisan pejuang tempatan dan antarabangsa. Sejak awal acara, setiap pertarungan menyajikan aksi bertenaga dan disiplin tinggi, namun kemuncak malam sudah pasti terarah kepada perlawanan utama yang dinanti-nantikan penonton. Sorakan bergema memenuhi stadium sebaik sesi walkout berlangsung, sekali gus menambah debaran sebelum aksi kemuncak bermula. Dalam pertembungan tersebut, Buakaw berjaya menewaskan Menggofeng menerusi keputusan mata selepas aksi yang cukup kompetitif dan seimbang, dengan beliau dilihat lebih konsisten dari segi serangan dan kawalan gelanggang sehingga memikat hati juri untuk memberinya kemenangan mutlak pada penghujung pertarungan.

    Dalam pada itu, perhatian turut terarah kepada legenda Muay Thai dunia, Buakaw Banchamek yang sekali lagi membuktikan kehebatannya masih berbisa walaupun sudah berusia 43 tahun. Berhadapan lawan yang jauh lebih muda, Menggofeng yang berusia 29 tahun, Buakaw tetap mempamerkan ketahanan fizikal, pengalaman serta taktikal yang tinggi, sekali gus menunjukkan bahawa usia bukan penghalang untuk terus bersaing di peringkat tertinggi. Aksi yang dipamerkan mengukuhkan lagi statusnya sebagai legenda sejati dan ikon yang terus menjadi inspirasi dalam dunia Muay Thai.

    Menurut pengasas T-Fight, pihaknya turut merancang untuk membawa masuk nama besar Muay Thai dunia seperti Rodtang Jitmuangnon bagi edisi akan datang, namun perkara tersebut masih di peringkat perancangan dan belum dimuktamadkan. Secara keseluruhan, T-Fight All Star 2026 berjaya mencipta malam penuh aksi, dramatik dan berprestij, sekali gus mengangkat martabat sukan tempur di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Terima kasih.

  • The Soundstage Jadi Game Changer, AJL40 Lebih Epik Tahun Ini!

    The Soundstage Jadi Game Changer, AJL40 Lebih Epik Tahun Ini!

    Bahang Anugerah Juara Lagu ke-40 semakin terasa selepas pengumuman rasmi Top 10 finalis yang mencuri perhatian ramai. Dalam usaha memeriahkan lagi perjalanan menuju malam kemuncak, sebuah konsert khas bertajuk The Soundstage diperkenalkan sebagai pemanas suasana. Pengumuman mengenai penjualan tiket telah dibuat melalui program MBuzz, sekali gus mengundang keterujaan dalam kalangan peminat muzik tanah air.

    Bertempat di Zepp Kuala Lumpur pada 12 Jun 2026, konsert ini akan bermula pada jam 8.30 malam dengan konsep yang cukup istimewa. Penonton bakal menikmati perjalanan muzik yang merentas masa, mengimbau kembali evolusi AJL selama 40 tahun. Empat penyanyi terkenal iaitu Ernie Zakri, Khai Bahar, Haqiem Rusli dan Siti Nordiana akan berganding di pentas yang sama untuk menghidupkan semula karya-karya popular.

    Persembahan yang disusun akan menampilkan gabungan lagu-lagu klasik dan moden, termasuk karya yang pernah memenangi trofi AJL. Setiap artis akan memberikan interpretasi tersendiri, menjadikan setiap lagu tampil dengan nafas baharu. Ini sekali gus mencerminkan kepelbagaian dan perkembangan muzik tempatan yang terus berkembang dari satu generasi ke generasi lain.

    The Soundstage bukan sekadar konsert, tetapi satu pengalaman yang membawa penonton lebih dekat dengan memori dan emosi yang pernah tercipta melalui lagu. Tiket boleh dibeli secara dalam talian di WOWTix dengan harga yang berbeza mengikut kategori tempat duduk. Peminat juga boleh menantikan pelbagai aktiviti sampingan menarik yang akan diumumkan tidak lama lagi.

  • C-Pop Sensation LBI: First Malaysia Show May 17. Tickets Live April 13

    C-Pop Sensation LBI: First Malaysia Show May 17. Tickets Live April 13

    The long wait for Malaysian fans is officially over. Viral C-pop singer-songwriter LBI, whose chart-topping hit “Jumping Machine” (Tiao Lou Ji) has captured the hearts of billions worldwide, is set to make his Malaysian debut. The LBI 2026 “Blades Drawn” World Tour in Malaysia will take place on 17th May (Sunday) at 6:00 PM at the Arena of Stars, Resorts World Genting.

    Organized by Starry Live and managed by The Wonderland, this highly anticipated show follows a series of sold-out performances across major cities in China, including Beijing, Shanghai, and Guangzhou. For his first appearance on Malaysian shores, LBI has curated a specialized experience tailored for his international audience, featuring a brand-new concept that spans fresh setlists, bespoke visuals, and exclusive stage outfits.

    LBI’s rise to superstardom is a testament to his musical versatility. Starting his career as a mixing engineer and producer, he initially worked behind the scenes before his soulful vocals went viral on Douyin (Chinese TikTok) in 2021. Since then, he has released a string of mainstream hits such as “Small Town Summer” (Xiao Cheng Xia Tian) and “Maybe” (Huo Xu). His fame reached new heights with the release of “Jumping Machine,” which has amassed over ten billion plays globally, dominating music charts across several continents.

  • THE RAYHAN: Vokal Ikonik Nazrey Johani Kembali Bersatu, Bakal Gegar MAEPS Menerusi Konsert Syukur 26

    THE RAYHAN: Vokal Ikonik Nazrey Johani Kembali Bersatu, Bakal Gegar MAEPS Menerusi Konsert Syukur 26

    Kumpulan nasyid legenda yang kini tampil dengan identiti baharu, The Rayhan, secara rasminya mengumumkan penganjuran ‘Konsert The Rayhan Syukur 2026’ yang dijadualkan berlangsung di Hall A, MAEPS, Serdang pada 15 Ogos 2026. Pengumuman eksklusif ini telah dibuat melalui satu sidang media khas yang berlangsung semalam, 22 April 2026, bertempat di Top G Coffee & Cafe, Publika.

    Konsert anjuran Bintang Batu Event dan Magnificent G Ventures ini merupakan satu bentuk penghargaan tulus buat para peminat yang telah setia menyokong perjalanan seni mereka sejak penghujung tahun 90-an sehingga kini. Kemunculan semula ini menyaksikan penyatuan semula bekas vokalis utama kumpulan nasyid tersohor Raihan, Nazrey Johani, bersama dua rakan seperjuangannya, Amran Ibrahim dan Afad Ahmad.

    Nazrey percaya bahawa penjenamaan semula sebagai The Rayhan mampu memberikan nafas baharu kepada irama nasyid kontemporari agar kekal segar dan relevan buat generasi masa kini tanpa mengabaikan identiti asal yang telah membina legasi mereka selama ini. Konsert Syukur 26 bukan sekadar persembahan muzik biasa, malah ia dijanjikan sebagai sebuah pengalaman spiritual yang penuh nostalgia.

  • Joy Splash ‘Healing’ Habis! Zepp KL Bergema Dengan Tenaga Luar Biasa ReVeluv

    Joy Splash ‘Healing’ Habis! Zepp KL Bergema Dengan Tenaga Luar Biasa ReVeluv

    Zepp Kuala Lumpur baru-baru ini memang betul-betul “splashed” dengan percikan cinta! Tepat pada 25 April lalu, siri jelajah solo pertama Joy iaitu 2026 Joy Asia Tour (JOY SPLASH) akhirnya singgah ke Malaysia dan jujurnya, vibe malam itu memang lain macam punya padu. Lebih 1,500 ReVeluvs berkumpul memenuhi ruang ikonik tersebut semata-mata nak tengok buah hati mereka secara dekat setelah sekian lama menanti. Sebaik sahaja lagu Hello berkumandang sebagai pembuka tirai, suasana terus bertukar menjadi pesta yang cukup bertenaga dan penuh emosi.

    Joy atau nama sebenarnya Park Soo-young memang tak pandai mengecewakan. Sepanjang konsert, dia membuktikan vokalnya yang “super sweet” menerusi lagu-lagu hit seperti Je T’aime dan La Vie En Bleu. Bukan itu sahaja, peminat drama Korea turut dipuaskan dengan rangkaian lagu runut bunyi (OST) popular termasuklah Introduce Me a Good Person dan Yeowooya. Apa yang paling mahal mestilah momen bila Joy menyapa peminat dalam nada penuh rindu. Luahan ikhlas Joy yang mengatakan betapa dia gembira dapat bertemu kembali dengan peminat di Malaysia membuatkan ramai yang “cair” dan tak keruan.

  • Simfoni Abadi Exists: Konsert Memento Mori Himpunkan Tujuh Legenda dalam Satu Pentas Ikonik

    Simfoni Abadi Exists: Konsert Memento Mori Himpunkan Tujuh Legenda dalam Satu Pentas Ikonik

    Setelah 35 tahun melayari bahtera seni dengan pelbagai fasa pasang surut, kumpulan legenda tanah air, Exists, bakal kembali menggegarkan persada muzik menerusi Konsert Exists Memento Mori. Bakal berlangsung pada 1 Ogos 2026 di Unifi Arena, Kuala Lumpur, konsert berskala besar ini bukan sekadar persembahan muzik biasa, malah ia merupakan manifestasi penghargaan terhadap setiap detik perjalanan karier mereka yang bermula sejak fenomena “Untukmu Ibu”. Istilah “Memento Mori” yang diambil daripada frasa Latin membawa falsafah menghargai setiap saat kehidupan, sangat bertepatan dengan semangat Exists yang terus relevan merentas generasi hasil daripada karya-karya berkualiti yang malar segar.

    Konsert ini menjadi detik bersejarah buat peminat setia di Nusantara kerana ia bakal menyatukan semula tujuh anggota asal yang telah membentuk identiti Exists selama tiga dekad. Pentas Unifi Arena akan menyaksikan gabungan pemuzik hebat iaitu Ajai, Shah, Ujang, Along, dan Musa, yang akan mengiringi dua vokalis ikonik mereka, Mamat dan Ezad. Penyatuan semula ini merupakan penampilan berskala besar pertama mereka selepas Konsert Exists Reunion pada tahun 2019, sekaligus menjanjikan sebuah “anugerah” terhebat buat para peminat yang merindui sinergi tujuh “kepala” kreatif ini di atas satu pentas yang sama.

    Pihak penganjur, ICON Entertainment melalui Iman Tang, menyifatkan konsert ini sebagai satu apresiasi terhadap semangat Exists yang tidak pernah luntur walaupun berdepan pasaran muzik yang tidak menentu. Menurutnya, Exists adalah bukti nyata sebuah kugiran yang mampu bertahan bukan sahaja kerana bakat, tetapi juga kerana disiplin dan kualiti karya yang telah “dirantai” di hati peminat. Iman memberi jaminan bahawa setiap lagu yang bakal dipersembahkan telah dipilih khusus untuk mengajak penonton menyanyi bersama (sing along), merangkumi lagu-lagu hits yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah hidup ramai pendengar di Malaysia dan negara jiran.

    Bagi pihak Exists, Along menegaskan bahawa kekuatan mereka selama berdekad-dekad berpunca daripada rasa hormat yang tinggi sesama anggota, meskipun pernah berdepan kontroversi atau perbezaan pendapat. Konsert Exists Memento Mori dianggap sebagai platform untuk meraikan perjuangan mereka bertujuh dalam mengekalkan legasi muzik yang bermakna. Tiket bagi konsert ini dibahagikan kepada beberapa kategori unik yang dinamakan sempena judul lagu-lagu ikonik mereka, bermula daripada harga RM228 sehingga pakej eksklusif. Penjualan tiket akan bermula pada 30 April ini jam 11 pagi menerusi laman web Ticket2u, menjanjikan satu malam penuh nostalgia yang akan menjadi memori indah buat semua pencinta muzik Exists.

  • Accelerating the Era of “Retail AI Brains”: MR. ROBOT Raises US$5 Million for Embodied AI and Humanoid Robotics

    Accelerating the Era of “Retail AI Brains”: MR. ROBOT Raises US$5 Million for Embodied AI and Humanoid Robotics

    MR. ROBOT has successfully secured US$5 million in a funding round dedicated to advancing the development of embodied artificial intelligence (AI) for the retail, logistics, and service sectors. This capital injection marks a significant milestone for the company as it seeks to move robotics beyond static factory environments and into dynamic, real-world settings where machines work alongside human teams. According to MR. ROBOT CEO, Yap, the next frontier for the industry lies in these complex commercial environments, where the ability for machines to interact naturally with their surroundings is becoming increasingly critical.

    The company is distinguishing itself by moving beyond a hardware-centric approach, focusing instead on a comprehensive ecosystem that integrates robot training environments, sophisticated data collection systems, and advanced AI models. This infrastructure allows robots to learn directly from their operational settings, facilitating continuous performance improvements. MR. ROBOT’s technology is specifically designed to alleviate the growing operational pressures currently facing the retail and logistics industries, such as persistent labor shortages, rising operational costs, and the demand for higher service standards.

    Currently, MR. ROBOT is collaborating with various retail partners to pilot these robotics solutions in live store environments. These pilots serve a dual purpose: they provide the machines with essential real-world data while simultaneously supporting daily operational tasks. Applications currently under development include autonomous shelf replenishment, interactive customer assistance, goods movement, and real-time store monitoring. By deploying these systems in retail and hospitality settings, the company is actively tackling labor gaps while refining the capabilities of its humanoid and service robots.

    With the new funding, MR. ROBOT plans to significantly scale its research and development efforts, focusing on building dedicated training and data infrastructure to support its embodied AI models. A major portion of the investment will also be directed toward nurturing regional engineering talent and expanding the reach of its pilot programs across Southeast Asia. As embodied AI becomes a cornerstone of commercial operations, MR. ROBOT aims to lead the charge in creating physical machines that can see, move, and interact intelligently within the global marketplace. More information regarding their latest developments can be found at the company’s official website.

  • Polong Seram Viral

    Polong Seram Viral

    Fenomena seram terbaharu, Polong, kini mula mencetuskan kegemparan di ruang digital sebelum sempat menjengah ke layar perak. Dalam tempoh kurang 24 jam selepas teaser rasminya dilancarkan, naskhah ini berjaya mencatatkan rekod luar biasa dengan meraih lebih 3 juta tontonan di media sosial. Angka drastik ini bukan sahaja membuktikan keterujaan penonton, malah meletakkan filem ini sebagai antara topik paling hangat dibicarakan netizen ketika ini.

    Kehangatan perbualan di media sosial bukan sekadar mengenai jumlah tontonan, tetapi lebih kepada reaksi emosi yang dicetuskan. Rata-rata penonton menyifatkan visual yang dipaparkan dalam teaser tersebut sangat realistik sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dan gangguan psikologi. Ada dalam kalangan mereka mengaku tidak berani untuk menonton sehingga tamat, manakala segelintir lagi menyifatkan aura misteri yang ditampilkan cukup kuat untuk menghantui fikiran walaupun hanya melalui skrin peranti.

    Filem terbitan Golden Star Pictures Sdn. Bhd. (GSPSB) ini mengangkat kisah Maria Hadi, seorang wanita yang cuba mencari jalan pulang dan keampunan selepas terjerumus dalam lembah ilmu hitam. Namun, dosa silam itu tidak berakhir begitu sahaja apabila bayangan masa lalu terus mengekori dan menghantui generasi seterusnya. Plot yang menggabungkan elemen legasi, penyesalan, dan impak daripada amalan terlarang ini menjadikan ia sebuah naskhah seram yang sarat dengan konflik emosi dan psikologi.

    Di bawah arahan Zulkarnain Azhar, Polong menampilkan barisan pelakon berprofil tinggi termasuk Mimi Lana, Fad Anuar, Namron, June Lojong, dan Nadiya Nisaa. Dengan sokongan pengedaran oleh 10 Star Cinemas Sdn Bhd serta kerjasama pemasaran strategik bersama Primeworks Studios, filem ini dilihat mempunyai ramuan lengkap untuk menjadi fenomena seram paling ikonik bagi tahun 2026.

  • Hello world!

    Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!