HONOR X9e Pro Lancar Pada Harga Dari RM1,899 Bersama Barisan AIoT Baharu; Pra-Tempah untuk Dapatkan Tablet Pad X7 PERCUMA

CEO of HONOR Malaysia Ethan Chen (middle), Head of Sales Tan Pei Ling (right) and Chief Marketing Officer Immanuel Zhang (left)

KUALA LUMPUR, 24 September 2026 — HONOR hari ini melancarkan HONOR X9e Pro di Malaysia, model terbaharu dalam Siri X yang hadir dengan pelbagai peningkatan dari segi ketahanan, rintangan air, bateri, paparan, prestasi, fotografi dan kecerdasan buatan (AI). Ditawarkan pada harga bermula RM1,899, HONOR X9e Pro memperkenalkan lima pencapaian No.1 yang merangkumi ketahanan lasak, ketahanan air, kapasiti bateri, kecerahan paparan serta pelan perlindungan peranti baharu.

Pelancaran HONOR X9e Pro turut menyaksikan HONOR memperluaskan ekosistem produknya di Malaysia menerusi barisan AIoT (Artificial Intelligence of Things) baharu yang terdiri daripada HONOR Pad 20, HONOR Pad 20 Pro, HONOR Watch 6, HONOR AI Note dan HONOR CHOICE Security Camera. Barisan ini direka untuk menawarkan pengalaman peranti yang lebih pintar dan saling berhubung bagi menyokong urusan kerja, hiburan, kecergasan serta kehidupan seharian.

Siri X Catat Pengiktirafan Asia Records

Pelancaran HONOR X9e Pro hadir ketika Siri X meraikan satu lagi pencapaian apabila menerima pengiktirafan Asia Records sebagai “Siri Telefon Pintar Kelas Pertengahan Terlaris Selama Tiga Tahun Berturut-turut”. Pencapaian tersebut dikaitkan dengan prestasi generasi terdahulu termasuk HONOR X9a, X9b, X9c dan X9d dalam pasaran Malaysia.

Menurut HONOR, Siri X telah mencatat perkembangan kukuh dalam segmen telefon pintar kelas pertengahan sepanjang empat generasi, dengan penguasaan pasaran tertinggi sehingga 77 peratus. Menerusi HONOR X9e Pro, syarikat itu meneruskan legasi Siri X dengan membawa peningkatan generasi baharu yang disasarkan kepada keperluan pengguna Malaysia yang semakin berkembang, selaras dengan kedudukannya sebagai Pilihan Utama Rakyat Malaysia.

Ketahanan Lasak Dengan HONOR Ultra-Bounce Anti-Drop Technology 4.0

Ketahanan menjadi antara fokus utama HONOR X9e Pro menerusi pengenalan HONOR Ultra-Bounce Anti-Drop Technology 4.0. Teknologi ini diinspirasikan daripada sistem keselamatan Halo yang digunakan dalam Formula 1, dengan reka bentuk pengurusan impak yang menggabungkan struktur berbentuk lengkungan, pengukuhan logam berketahanan tinggi serta lapisan pelekat pada keseluruhan permukaan.

HONOR turut menggunakan pelekat PUR tahan ricih yang menawarkan kira-kira 10 kali ganda rintangan ricih berbanding pelekat belakang konvensional. Reka bentuk tersebut membantu memastikan skrin kekal kukuh ketika berlaku hentaman, selain mengagihkan daya impak ke kawasan yang lebih luas bagi membantu melindungi komponen dalaman penting seperti paparan dan papan utama.

Menerusi teknologi tersebut, HONOR X9e Pro dikatakan mampu menahan jatuhan dari ketinggian sehingga 3 meter serta membantu mengurangkan risiko kerosakan skrin sehingga 82 peratus. Peranti ini turut memperoleh Pensijilan 5-Bintang SGS untuk Ketahanan Jatuhan dalam Keadaan Ekstrem.

Keupayaan ketahanan peranti turut diperlihatkan dalam sesi taklimat media menerusi beberapa demonstrasi terkawal, termasuk mengetuk paku ke dalam kayu, menahan hentaman bebola logam yang dilancarkan menggunakan lastik dan ujian tembakan menggunakan senapang angin bagi menunjukkan tahap ketahanan skrin terhadap daya hentaman tinggi.

Perlindungan Air Dengan Penarafan IP68, IP69 dan IP69K

Selain perlindungan daripada jatuhan dan hentaman, HONOR X9e Pro menawarkan penarafan IP68, IP69 dan IP69K bagi ketahanan terhadap air dan habuk. Peranti ini menggunakan seni bina berbilang ruang yang diinspirasikan daripada reka bentuk kapal selam bagi membantu melindungi komponen dalaman daripada kemasukan air.

Paparan, bingkai tengah dan penutup belakang membentuk ruang kedap berasingan, manakala bukaan utama seperti butang, pembesar suara, port USB-C dan dulang SIM turut dilindungi secara berasingan. Pendekatan ini membentuk sistem perlindungan berlapis bagi meningkatkan ketahanan peranti dalam keadaan tertentu.

HONOR X9e Pro mampu bertahan pada kedalaman sehingga 10 meter dalam keadaan terkawal, berbanding 1.5 meter pada generasi sebelumnya. Keupayaan tersebut turut membolehkan pengguna memanfaatkan fungsi fotografi bawah air, termasuk aktiviti selam bebas sehingga kedalaman 10 meter dalam keadaan yang sesuai.

Bagi menguji ketahanan airnya, peranti ini turut melalui sehingga 100,000 kitaran rendaman serta ujian semburan garam berterusan selama 24 jam yang menyimulasikan keadaan pesisir pantai yang ekstrem.

Bateri 11,000mAh Untuk Penggunaan Berpanjangan

HONOR X9e Pro turut mencuri perhatian menerusi bateri berkapasiti 11,000mAh, yang didakwa HONOR sebagai telefon pintar pertama di dunia dengan kapasiti bateri sebesar itu. Ia merupakan peningkatan ketara berbanding kapasiti 8,300mAh pada generasi sebelumnya.

Walaupun membawa bateri berkapasiti besar, HONOR X9e Pro mempunyai ketebalan sekitar 8.08mm dan berat kira-kira 203 gram. Bateri berkenaan mampu menawarkan sehingga 66.8 jam main balik video, manakala satu pengecasan dikatakan mampu bertahan sehingga tiga hari bagi penggunaan biasa.

Peranti ini turut menyokong 80W HONOR SuperCharge untuk pengecasan pantas serta pengecasan berbalik berwayar sehingga 27W, membolehkan telefon pintar serasi termasuk peranti iPhone dan Apple dicas menggunakan HONOR X9e Pro. Sistem pengurusan kuasa berkecekapan tinggi pula direka untuk membantu mengekalkan prestasi bateri sehingga enam tahun.

Paparan AMOLED 120Hz Dengan Kecerahan Sehingga 10,000 Nits

Bagi pengalaman visual, HONOR X9e Pro dilengkapi skrin 6.8 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 10,000 nits. Tahap kecerahan tersebut direka untuk membantu memastikan kandungan pada skrin kekal lebih jelas walaupun digunakan di bawah cahaya matahari yang terang.

HONOR turut memperkenalkan rangkaian Eye Comfort Technology yang dipertingkatkan bagi memberikan pengalaman penggunaan lebih selesa untuk tempoh yang panjang. Antara cirinya ialah AI Defocus Display, Motion Sickness Relief, Circadian Night Display dan DOT Eye Comfort Protection.

HONOR Rakyat Care+ Tawar Perlindungan Berganda

Bersama HONOR X9e Pro, HONOR turut memperkenalkan HONOR Rakyat Care+, pelan perlindungan peranti baharu yang menawarkan perlindungan berganda berbanding generasi sebelumnya.

Pelan ini merangkumi 730 Hari Penggantian Skrin Retak Depan dan Belakang, 730 Hari Perlindungan Kerosakan Cecair serta Jaminan Tambahan Satu Tahun. Perlindungan ini direka bagi memberikan pengguna lebih ketenangan fikiran terhadap kerosakan akibat kemalangan tertentu dan kejadian tidak dijangka, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Kamera 108MP Dengan Penstabilan Imej CIPA 6.0

Dari aspek fotografi, HONOR X9e Pro dilengkapi Kamera Utama Ultra-Jelas 108MP bersama teknologi penstabilan imej CIPA 6.0. Teknologi tersebut membantu menghasilkan rakaman yang lebih stabil dan jelas dalam pelbagai situasi termasuk fotografi siang dan malam, aktiviti luar serta subjek bergerak.

Bagi fotografi bawah air, ciri Underwater Color Tuning membantu mengurangkan dominasi tona biru dan hijau untuk menghasilkan warna imej yang lebih semula jadi ketika merakam dalam persekitaran bawah air.

Snapdragon 6 Gen 5 dan Prestasi Sehingga 72 Bulan

HONOR X9e Pro dikuasakan oleh Snapdragon 6 Gen 5 Mobile Platform, yang menawarkan prestasi responsif untuk tugasan harian, aplikasi dan hiburan. Peranti ini turut menggunakan HONOR Hummingbird Architecture 2.0, yang menggabungkan pengoptimuman perkakasan dan perisian bagi membantu mengekalkan pengalaman penggunaan yang lancar dan responsif sehingga 72 bulan.

Pelbagai Ciri AI Untuk Fotografi dan Penggunaan Harian

HONOR X9e Pro turut membawa rangkaian ciri AI baharu yang memberi tumpuan kepada fotografi dan penciptaan kandungan. AI Zoom Enhancement membantu memulihkan perincian pada subjek yang jauh, manakala AI Night Enhancement direka untuk mengekalkan perincian ketika mengambil gambar dalam keadaan pencahayaan rendah.

Fungsi AI Enhanced Portrait pula membantu memperhalusi imej potret, manakala AI Moving Photos menawarkan ciri seperti Motion Trail, Motion Clone dan Slow Motion untuk menghasilkan kandungan yang lebih dinamik.

Turut tersedia ialah AI Image to Video 2.0, yang membolehkan pengguna mengubah imej statik menjadi video menggunakan arahan ringkas serta menyesuaikan kandungan yang dijana.

Bagi kemudahan penggunaan harian, ciri AI Free Grip Call membolehkan butang maya dipaparkan pada kedua-dua sisi skrin supaya pengguna boleh menjawab panggilan dengan sebelah tangan tanpa perlu memegang keseluruhan peranti. HONOR X9e Pro turut menyokong Instant NFC Access, yang membolehkan telefon digunakan sebagai kad akses bangunan di lokasi yang menyokong fungsi berkenaan.

HONOR Pad 20 dan Pad 20 Pro Perluas Ekosistem AIoT

Pada acara sama, HONOR turut memperluaskan ekosistem AIoT menerusi pengenalan HONOR Pad 20 dan HONOR Pad 20 Pro di Malaysia. Kedua-dua tablet ini direka untuk menyokong produktiviti dan hiburan menerusi skrin besar serta ciri yang membolehkan pengalaman penggunaan lebih hampir kepada komputer.

HONOR Pad 20 Pro menampilkan paparan 12.1 inci 3K Paper-like Anti-glare dengan kadar segar semula 165Hz, menggunakan penyelesaian AG dwi-lapisan serta filem optikal yang direka untuk memberikan pengalaman visual dan sentuhan seperti kertas. Teknologi tersebut dikatakan mampu mengurangkan silau sehingga 50 peratus dan gangguan cahaya persekitaran sehingga 99 peratus.

HONOR Pad 20 pula hadir dengan paparan 12.1 inci 3K Ultra True Color dan kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman visual yang lebih terang dan lancar.

Kedua-dua tablet menyokong PC Mode, yang menawarkan antara muka gaya desktop, sokongan berbilang tetingkap dan susun atur skrin pisah. Dengan sokongan WPS Office bertaraf PC, pengguna boleh mengendalikan dokumen, hamparan, pembentangan dan fail PDF dengan lebih fleksibel.

Dari segi prestasi, HONOR Pad 20 Pro menggunakan Snapdragon 8s Gen 4, manakala HONOR Pad 20 dikuasakan oleh Snapdragon 7 Gen 3. Kedua-duanya dilengkapi bateri 10,100mAh bagi menyokong penggunaan kerja, hiburan dan tugasan harian.

HONOR Watch 6, AI Note dan Security Camera

Melengkapkan barisan AIoT baharu, HONOR Watch 6 hadir dengan reka bentuk nipis dan ringan serta menyokong sehingga 120 mod senaman, termasuk mod profesional khusus untuk badminton dan bola sepak. Jam pintar ini menawarkan jangka hayat bateri sehingga 35 hari, selain sokongan NFC untuk fungsi seperti akses pintu.

HONOR AI Note pula merupakan kad magnetik ultra-nipis yang boleh dilekatkan pada telefon pintar HONOR. Peranti ini membolehkan pengguna merakam suara, menukar pertuturan kepada teks dalam lebih 130 bahasa, melakukan transkripsi audio, pengecaman peta minda, terjemahan AI serta soal jawab pintar.

Sementara itu, HONOR CHOICE Security Camera menampilkan kamera 3MP dengan rakaman video 2K dan keupayaan putaran 360 darjah. Ia turut dilengkapi fungsi penjejakan pintar untuk membantu memantau pergerakan di dalam ruang secara automatik.

Harga dan Ketersediaan HONOR X9e Pro

HONOR X9e Pro ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Royal Purple, Reddish Brown, Dawn Gold dan Midnight Black. Varian 8GB + 256GB dengan tambahan 16GB HONOR Turbo RAM, menjadikan jumlah RAM sehingga 24GB, ditawarkan pada harga RM1,899, manakala varian 8GB + 512GB berharga RM2,399.

Tempahan awal dibuka sehingga 8 Oktober 2026, dengan pelanggan yang membuat bayaran penuh layak menerima rebat segera RM100. Mereka turut boleh menikmati pakej hadiah percuma bernilai sehingga RM1,626, termasuk HONOR Pad X7 WiFi, Penggantian Skrin Retak Depan dan Belakang selama 730 hari, Perlindungan Kerosakan Cecair selama 730 hari serta Jaminan Tambahan Satu Tahun, tertakluk kepada terma dan syarat.

Tempahan boleh dibuat di semua HONOR Experience Store di seluruh negara, laman web rasmi HONOR, kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok Shop serta pengedar sah.

Bagi barisan tablet baharu, HONOR Pad 20 Pro 16GB + 256GB ditawarkan pada harga RM2,499, manakala HONOR Pad 20 Wi-Fi 12GB + 256GB berharga RM1,999 dan HONOR Pad 20 5G 16GB + 256GB berharga RM2,299. Siri HONOR Pad 20 turut hadir dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM898, termasuk papan kekunci pintar Bluetooth dan HONOR Magic-Pencil 4S. Pelajar yang layak pula boleh menikmati diskaun pendidikan eksklusif sehingga 15 peratus untuk Siri HONOR Pad 20.

HONOR Watch 6 berharga RM699 bagi versi Shadow Black dengan tali Fluoroelastomer, manakala versi Twilight Brown dengan tali kulit berharga RM799. HONOR AI Note ditawarkan pada harga RM699 dan HONOR CHOICE Security Camera pula berharga RM129.

Kesemua produk baharu ini boleh didapati melalui HONOR Experience Store, laman web rasmi HONOR serta kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X9e Pro dan barisan produk terbaharu HONOR, pengguna boleh mengunjungi laman rasmi HONOR Malaysia.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *